Melalui
rancangan pembestarian semua sekolah, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi akan diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar
dalam Bahasa Inggeris. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa
mempelajari Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris yang dibantu oleh
ICT, menyediakan peluang yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka.
Sebagai
sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa
maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan
usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap
sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh
digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi
meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara.
Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan
(Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006).
1.0.1 Latar Belakang Kajian
Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik
merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang
berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40
pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran
yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan
matematik untuk memenuhinya.
Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah
diutamakan untuk merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan
media penting yang digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia
kini dalam memantapkan ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar. Penggunaan
komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di
Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak
kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD
perisian kursus.
Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus pendedahan
penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran.
Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa
wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap
penggunaan media komputer dalam pengajaran sains dan matematik di kalangan guru-guru
sains dan matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri
Sembilan. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian kursus dan internet.
1.0.2
Kepentingan Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Guru-guru Sains Dan Matematik
Pada
20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar
dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada
tahun hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia 10 Ogos 2002).
Persoalannya, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat dan
berkesan. Maka kerajaan mencadangkan ICT digunakan bagi memudahkan dan membantu
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran
tersebut. Persoalan seterusnya, adakah guru-guru yang terlibat bersedia
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adakah guru-guru
Sains dan Matematik mempunyai kemahiran komputer yang mencukupi bagi melalui
proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini.
Bajet
2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002
hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga
pengajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Sekarang, setelah empat
tahun berlalu, kemudahan dan kelengkapan komputer di sekolah telah mencapai
tahap yang memuaskan.
1.0.3 Guru Sains dan Matematik dan Komputer
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir
dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi pengajaran
dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk
mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang digunakan
ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus, dan
internet.
Memandangkan
adalah penting penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting.
Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan
berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu
juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan
menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh
kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala
pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.
Objektif Kajian
- Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh
guru-guru Sains dan Matematik dalam pengajaran.
- Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan
perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru
Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau.
- Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran.
2.0
Metodologi Kajian
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 13 orang guru
Sains dan Matematik (6 guru sains dan 7 guru matematik) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan
di mana instrumen yang digunakan kaedah temubual yang juga merangkumi maklumat
latar belakang respondan, kekerapan penggunaan media pengajaran dalam
pengajaran Sains dan Matematik, tahap penggunaan media komputer dalam
pengajaran Sains dan Matematik dan kekangan dalam penggunaan media komputer
dalam pengajaran Sains dan Matematik.
3.0
Dapatan Kajian
Daripada hasil temubual yang direkodkan mendapati bahawa kebanyakan
guru Sains mempunyai pengalaman mengajar lebih 15 tahun manakala guru Matematik
mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 10 tahun. Jika dibandingkan
penggunaan komputer dengan penggunaan internet, sama ada di kalangan guru-guru
sains atau matematik, di dapati peratus responden yang menggunakan komputer
lebih daripada peratus responden yang menggunakan internet. Ini mungkin
disebabkan ada di antara responden yang tidak mempunyai talian internet di
rumah.
Tahap Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Sains
dan Matematik
Sains
|
Matematik
|
Berdasarkan dapatan di atas didapati media pengajaran yang berada pada
tahap penggunaan yang sangat baik ialah buku teks , lembaran kerja
Media yang berada pada tahap penggunaan yang baik ialah komputer(perisian
kursus), komputer(msword, ppt, excel), OHP dan buku kerja
Media yang berada pada tahap penggunaan yang rendah pula ialah
komputer(internet), video, radio
|
Media yang berada pada tahap penggunaan yang sangat baik ialah buku teks
dan lembaran kerja
Media yang berada pada tahap penggunaan yang sederhana ialah objek
sebenar, komputer(perisian kursus), buku kerja, carta dan komputer (msword,
ppt, excel)
Media yang berada pada tahap penggunaan yang rendah ialah OHP, komputer(internet),
video dan radio
|
Menurut temubual yang dijalankan penggunaan perisian
kursus, lebih ramai guru-guru sains yang menggunakannya berbanding dengan
guru-guru Matematik. Ini mungkin kerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan
untuk menggunakan perisian kursus telah dilengkapkan di dalam makmal sains.
Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatan yang banyak ke dalam kelas dan
tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan perisian
kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains mempunyai pembantu makmal yang
boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembali peralatan-peralatan yang
telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa menggunakan bilik
tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti ”laptop, lcd,
extension wire” di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Jika
dibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya masih pada tahap yang
rendah bagi kedua-dua panitia sains dan matematik.
Sains
|
Matematik
|
Hasil dapatan menunjukkan majoriti guru-guru sains
mempunyai tahap pengetahuan yang baik tentang penggunaan internet.
|
Guru-guru matematik juga mempunyai tahap pengetahuan
yang baik tentang internet.
|
Jika dibandingkan tahap pengetahuan guru-guru sains
dengan guru-guru matematik, di dapati guru-guru sains lebih berpengetahuan
tentang internet berbanding guru-guru matematik, namun perbezaannya tidak
begitu ketara.
Daripada dapatan, di dapati berikut adalah beberapa
masalah yang dihadapi oleh guru-guru sains dan matematik dalam menggunakan
media komputer dalam pengajaran sains dan matematik :
i) Sains
1.
Guru
tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.
2.
Guru
tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani dengan tugas
mengajar dan lain-lain tugas yang dipertanggungjawabkan.
3.
Guru
terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku rekod mengajar dan lain-lain
ke dalam kelas.
4.
Alatan
yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.
5.
Talian
internet di sekolah kurang memuaskan
Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.
ii) Matematik
1.
Guru
tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti atau menggunakan perisian kursus
kerana tugas mengajar yang banyak.
2.
Guru
tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani dengan tugas
mengajar dan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.
3.
Guru
terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku rekod mengajar dan lain-lain
ke dalam kelas.
4.
Tiada
kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media komputer dalam
pengajaran.
Manakala:
1.
Ada
bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk
penggunaan media komputer dalam pengajaran.
2.
Alatan
yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.
3.
Tiada
kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru.
4.
Talian
internet di sekolah kurang memuaskan.
5.
Guru-guru
kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media komputer.
6.
Bilik
darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh dari bilik
guru.
7.
Tiada
talian internet di rumah.
8.
Perisian
kursus sukar diperolehi.
Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.
4.0
Rumusan, Implikasi dan Cadangan
Daripada hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru
sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau ini telahpun menggunakan
kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu
mereka melaksanakan PPSMI dengan berkesan. Mereka telah menggunakan perisian
kursus dengan baik. Hal ini menunjukkan guru-guru sains di sekolah tersebut mempunyai
sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam membantu
pengajaran mereka di dalam kelas. Walaupun kebanyakan guru sains adalah guru
yang berumur lebih daripada 41 tahun, namun mereka tidak takut untuk
menggunakan teknologi. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap guru
sains dan matematik dalam melaksanakan PPSMI dengan berkesan.
Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam
kalangan guru-guru matematik, ia agak rendah. Ini kerana pengajaran dan
pembelajaran matematik banyak dilakukan di dalam kelas atau bilik media atau
bilik tayangan berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di
dalam makmal yang memang telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti ”lcd
projector”, skrin dan ”speaker”. Disamping itu juga setiap makmal mempunyai
pembantu makmal yang dapat membantu guru-guru sains menyediakan peralatan ICT
sebelum mengajar dan mengemaskannya kembali setelah habis pengajaran. Mungkin
pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan ICT dapat dijalankan dengan
lebih baik andainya setiap sekolah mempunyai makmal matematik yang dapat
menempatkan banyak peralatan ICT dan alat-alat bantu mengajar matematik yang
lain. Guru-guru matematik tidak perlu lagi ”berebut-rebut” menempah bilik
tayangan atau bilik media yang sangat terhad dalam melaksanakan pengajaran
menggunakan perisian kursus yang dibekalkan.
Walau bagaimanapun, tahap penggunaan internet agak rendah
dan perlu ada suatu tindakan dilakukan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan
internet dengan berkesan. Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi
daripada internet, namun masih ramai guru yang tidak menggunakannya.
Kebanyakan guru sains dan matematik telahpun menghadiri
kursus pendedahan ICT yang dianjurkan oleh kementerian seperti BPPT (Bimbingan
Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam kursus-kursus
berkenaan guru-guru didedahkan dan diberi kemahiran menggunakan internet dalam
mencari maklumat atau bahan pengajaran dan guru-guru juga diberi kemahiran
tentang penggunaan komputer dalam menghasilkan bahan pengajaran. Jadi, dari
segi pengetahuan dan kemahiran, guru-guru telahpun ada walaupun pada tahap yang
sederhana.
Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada
guru-guru sains atau matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari
maklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan
pengajaran menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan
guru-guru tidak sempat meneliti bahagian-bahagian perisian kursus yang sesuai
digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu.
Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah
tersebut :
- Pihak panitia sekolah masing-masing boleh mengadakan
kursus dalaman berkala bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih
belum mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat untuk bahan
pengajaran, juga kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan
komputer untuk membina bahan pengajaran.
- Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu
perjumpaan bagi meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh
dibahagikan dalam kumpulan mengikut tingkatan yang diajar dan
membincangkan kaedah terbaik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan.
Jika perlu sama-sama menghasilkan suatu modul untuk digunakan bersama
perisian kursus berkenaan.
- Pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan
pembina bahan pengajaran menggunakan komputer dan internet dan bahan yang dihasilkan dikongsi bersama.
Topik diagih mengikut sekolah.
Kesimpulannya, guru-guru sains dan matematik mempunyai
persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan
komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus
atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas yang
begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak
dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.
Adalah diharapkan pihak panitia sekolah dan panitia
daerah dapat memainkan peranan bagi membantu guru-guru ini menggunakan media
komputer dalam pengajaran agar perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Pihak pentadbir pula harus meneliti kelengkapan infrastruktur ICT yang
ada di sekolah agar semuanya boleh berfungsi dengan baik dan berkesan.
5.0
Penutup
Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi,
para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam
pengajaran mereka supaya guru-guru sains dan matematik ini dapat menyahut
cabaran masa depan dengan lebih yakin.
Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam
pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien.
Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya
tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan metematik. Harus diingat bahawa teknologi merupakan
hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat
menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
1. Effandi,
Norazah & Sabri.(2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah
Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003
Artikel atas talian :
3. Nazamud-din Alias (2004), Taksiran
Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Guru Sains Dalam
Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Jurnal atas talian :
4. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer
Technology In Malaysia : Teacher’s Background
Characteristics, Attitudes And
Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13
Jurnal
atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing
Countries
5. Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer
Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah
Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia
6. Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional
technology: The definition and domains of the field. Washington D.C:
Association for Educational Communication and Technology.
7. Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi
Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
8. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan
Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek
Sarjana Universiti Putra Malaysia
9. Titian,Keluaran Khas Kementerian
Pelajaran Malaysia,.(2006). Utusan Malaysia, Selasa, 29 Ogos 2006