CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 2 December 2011

KPT 6043 : Kursus Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web


'Maths Corner' blog ini saya tujukan kepada pelajar PMR untuk mempelajari subjek Matematik. Dengan panduan yang diberikan semoga pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi dengan sebaik mungkin. Buat guru-guru diseluruh Malaysia dan juga pensyarah serta rakan seperjuangan di UPSI, Tanjong Malim.

Kursus bertujuan membincang isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web dengan mengkaji impak teori pembelajaran, aplikasi reka bentuk instruksional dan teknologi, merancang  pembangunan, mengintegrasi dalam pembelajaran, menilai produk  dan kesan berasaskan kajian penggunaan teknologi elektronik dan web dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah: Kuliah, perbincangan, dan persembahan

Penilaian:
Tugasan:  60%
Peperiksaan akhir (40%)

Kandungan:

1.         Pembelajaran berasaskan elektronik dan web.
2.         Teori pembelajaran.
3.         Reka bentuk instruksional dan teknologi.
4.         Konstruktivisme dalam reka bentuk instruksional dan teknologi.
5.         Konstruktivisme dan aplikasinya dalam reka bentuk pembelajaran.
6.         Teknologi elektronik untuk pengajaran dan pembelajaran.
7.         Penggunaan teknologi elektronik dan web untuk pengajaran berkesan.
8.         Perancangan dan reka bentuk laman web untuk pembelajaran.
9.         Isu berasaskan kajian : Impak pengajaran dan kognitif kepada pembelajaran berasaskan  
            web.
10.       Penilaian bahan pembelajaran berasaskan elektronik.


Rujukan:

Abbey, B.(Ed.) (2000). Instructional and cognitive impact of  web-based education. London: Idea Group Publishing.
Conger, S. A. & Mason, R. O. (1998). Planning and designing effective web sites. London: Course Technology ITP.
Heinich, R., Molenda, M, Russel, J. D. & Smaldino, S. E. (2001). Instructional media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall.
Lever-Duffy, J., Mcdonald, J. B. & Mizell, A. P. (2003). Teaching and learning with technology. Boston: Allyn and Bacon.                          
Maier, P. & Warren, A. (2000). Integrating technology in learning and teaching: a practical guide for educators. London: Kogan Page.
Tiene, D. & Ingram, A. ( 2001). Exploring current issues in educational technology. Boston: Ms Graw Hill.


Huraian Tugasan 

1. Menganalisis isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan
    web.  (20%)

   1.1  Kaedah:
          Menjalankan tinjauan di sekolah/institusi pendidikan .  ( Mengikut lokasi pelajar)
a) Mengenalpasti jenis media pengajaran yang kerap digunakan mengikut tahap dan 
     mata pelajaran.
b) Mengenalpasti potensi penggunaan media pengajaran berasaskan elektronik.
c) Mengenalpasti halangan penggunaan media pengajaran berasaskan elektronik.
d) Mencadangkan penambahbaikan.
    
    1.2   Laporan:  Menulis dalam bentuk artikel menggunakan format APA.   
            Panjang antara 10-15  muka surat, jangkauan 1.5, saiz 12.   Kertas dan
            CD/e-mail.

2. Menyediakan Blog pendidikan menggunakan sumber terbuka. (15%)
    Sediakan link yang sesuai : Eduwebs, akhbar, bahan pengajaran dll. (Sekurang-kurang 5)
    Hebahkan menerusi fb dan e-mel kepada semua pelajar.

3. Penyediaan bahan pengajaran  dari media elektronik (15%)
     Bahan ini dimasukkan di Blog pendidikan di atas, bersertakan dengan RPH 

4. Menganalisis satu jurnal berasaskan kajian dan melaporkan. (10%)
    Dapatkan artikel dari jurnal on-line. Contoh MOJET, BJET, TOJET dll.
    Tulis ringkasan  2-4 muka surat, bentang dalam bentuk p/point ( 5- 10 slide)

Pensyarah:
Prof. Madya Dr. Abdul Latif Haji Gapor
Bilik Timbalan Dekan Akademik
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia.
Tel: 05-4506180,  012-6134077

No comments:

Post a Comment